Terma ringkas untuk penggunaan INAPSEWA.
INAPSEWA direka untuk owner homestay dan operator penginapan kecil. Dengan mendaftar atau menggunakan platform, anda bersetuju dengan terma di bawah.
1. Akaun dan tanggungjawab pengguna
Anda bertanggungjawab memberikan maklumat yang munasabah dan tepat, menjaga keselamatan akaun, serta memastikan staff hanya menerima akses yang diperlukan. Aktiviti melalui akaun anda dianggap aktiviti workspace anda sehingga dilaporkan sebaliknya.
2. Listing, harga dan availability
Owner/operator bertanggungjawab terhadap ketepatan nama property, gambar, harga, availability, syarat penginapan, polisi pembatalan dan maklumat lain yang diterbitkan. INAPSEWA menyediakan alat pengurusan; FAS tidak mengesahkan keadaan fizikal setiap property.
3. Booking dan transaksi tetamu
Kontrak penginapan adalah antara operator dengan tetamu. Booking Request tidak semestinya menjamin tarikh sehingga proses confirmation yang berkenaan selesai. Operator bertanggungjawab terhadap refund, deposit, kerosakan, pertikaian dan kewajipan undang-undang berkaitan penginapan mereka.
4. Langganan INAPSEWA
Langganan tenant kepada FAS adalah berasingan daripada bayaran tetamu. Had pelan boleh dikenakan kepada property, resource atau ahli pasukan. Pelan dan harga boleh berubah untuk pembelian baharu; perubahan yang material akan dimaklumkan melalui platform atau saluran rasmi yang munasabah.
5. Penggunaan yang tidak dibenarkan
Anda tidak boleh menggunakan platform untuk aktiviti menyalahi undang-undang, cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran, mengganggu servis, memuat naik kandungan berbahaya atau menyalahgunakan data pelanggan.
6. External channel dan third-party services
Integrasi seperti iCal atau payment gateway bergantung pada servis pihak ketiga. INAPSEWA boleh membantu mengurangkan conflict, tetapi tidak menjamin availability atau uptime servis luar. Owner perlu menyemak conflict dan transaksi yang penting sebelum mengambil tindakan operasi.
7. Availability platform dan liability
Kami berusaha menyediakan servis yang stabil, tetapi maintenance, gangguan hosting, rangkaian atau servis pihak ketiga boleh berlaku. Setakat yang dibenarkan undang-undang, FAS tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung yang berpunca daripada keputusan operasi yang dibuat tanpa semakan manusia yang wajar.
8. Sokongan dan penamatan
FAS boleh menghadkan atau menamatkan akses yang disalahgunakan, menjejaskan keselamatan, atau melanggar terma ini. Untuk pertanyaan, hubungi info@fasglobalnetwork.com.