INAPSEWA
MarketplaceHargaFAQLog masukCuba percuma
NOTIS PRIVASI · VERSI 2026-10-03

Privasi yang mudah difahami.

INAPSEWA dibangunkan dan diuruskan oleh FAS Global Network. Notis ini menerangkan data yang diproses apabila anda menggunakan akaun INAPSEWA, laman tenant atau Marketplace.

1. Data yang boleh diproses

Data boleh merangkumi nama, emel, nombor telefon, maklumat bisnes, maklumat penginapan, rekod enquiry/tempahan, invois, pembayaran, komunikasi operasi dan data teknikal minimum yang diperlukan untuk keselamatan serta statistik penggunaan.

2. Tujuan penggunaan

Data digunakan untuk menyediakan akaun dan workspace, mengurus penginapan/tempahan, merekod pembayaran, menyediakan sokongan, mencegah penyalahgunaan, menjalankan audit keselamatan dan menghasilkan statistik operasi. Statistik visitor INAPSEWA direka tanpa menyimpan raw IP atau raw user-agent dalam jadual analytics aplikasi.

3. Data tetamu dan pelanggan tenant

Owner/operator yang menggunakan INAPSEWA bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai asas yang sesuai untuk mengumpul dan menggunakan maklumat pelanggan mereka. INAPSEWA bertindak sebagai platform operasi dan tidak menjadikan FAS sebagai pihak kepada kontrak penginapan antara operator dengan tetamu.

4. Pembayaran

Bayaran langganan tenant kepada FAS dipisahkan daripada bayaran tetamu kepada operator. Jika payment gateway pihak ketiga digunakan, data yang diperlukan untuk transaksi boleh diproses oleh penyedia gateway mengikut terma dan polisi mereka sendiri.

5. Keselamatan dan penyimpanan

Kami menggunakan kawalan akses, CSRF protection, session hardening, private storage untuk fail sensitif tertentu, audit log dan encryption untuk secret tertentu. Tiada sistem boleh menjanjikan risiko sifar; operator perlu menjaga password, peranti dan akses staff mereka sendiri.

6. Akses, pembetulan dan pertanyaan

Untuk pertanyaan privasi atau permintaan berkaitan data akaun, hubungi info@fasglobalnetwork.com. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti sebelum membuat perubahan yang melibatkan data akaun.

7. Perubahan notis

Notis ini boleh dikemas kini apabila fungsi atau keperluan operasi berubah. Versi dan tarikh akan dipaparkan pada halaman ini.

Baca Terma Penggunaan

INAPSEWA

Sistem ringkas untuk owner homestay dan operator penginapan kecil mengurus availability, tempahan, bayaran dan operasi.

Produk FAS Global Network
DIBANGUNKAN & DIURUSKAN OLEH

FAS Global Network

No. Daftar: 202503114819 (RA0124172-W)

Lot 5265 Kg Batu 23, Jalan Bukit Belah,
Labok, 18500 Machang, Kelantan

PAUTAN PANTASMarketplaceHarga & PelanSoalan LazimTerma PenggunaanNotis PrivasiLog masukDaftar / Cuba percuma
HUBUNGIinfo@fasglobalnetwork.com019-916 3077fasapps.my
© 2026 FAS Global Network. Hak cipta terpelihara.INAPSEWA · Small Stay Operations