Panduan ProdukPanduan Lengkap Eskayvie Diffenz › Sistem Imun & Masalah Hipersensitiviti

BAB 3 DARIPADA 6

Sistem Imun & Masalah Hipersensitiviti

Hipersensitiviti berlaku apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan terhadap pencetus tertentu.

Sistem Imun & Masalah Hipersensitiviti

Memahami hipersensitiviti

Menurut modul, hipersensitiviti ialah keadaan apabila sistem imun menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan. Contoh yang dibincangkan termasuk asma, ekzema, resdung dan alahan.

Apabila badan berhadapan dengan alergen, histamin boleh dibebaskan sebagai sebahagian daripada tindak balas pertahanan. Contoh pencetus yang ditunjukkan dalam modul ialah debunga, hama debu dan bulu atau kulit mati haiwan peliharaan. Antara gejala yang dipaparkan ialah ruam, mata berair, hidung berair, bersin, mata merah dan gatal.

Langkah asas yang disarankan ialah mengenal pasti dan mengurangkan pendedahan kepada pencetus. Jika simptom berulang, teruk atau melibatkan kesukaran bernafas, pelanggan perlu mendapatkan penilaian profesional kesihatan.

Hipersensitiviti - alergen dan gejala

Hipersensitiviti - alergen dan gejala
Infografik modul mengenai alergen dan gejala hipersensitiviti.

Bila perlu dapatkan bantuan

Kesukaran bernafas, bengkak muka/bibir, semput yang teruk atau reaksi alahan yang cepat memburuk memerlukan penilaian perubatan segera. Panduan produk tidak menggantikan rawatan kecemasan.

ANDA TENTUKAN LANGKAH SETERUSNYA

Pilih langkah anda seterusnya

Dah cukup faham? Terus pilih tindakan yang sesuai. Iman hanya diperlukan jika anda mahu penerangan tambahan; komuniti WhatsApp pula untuk human touch dan perkongsian umum.

Privasi: jangan kongsi alamat, bukti bayaran, detail order atau maklumat kesihatan peribadi dalam group. Gunakan saluran private untuk perkara tersebut.