Realiti Sebenar Anak-Anak di Malaysia
Kenapa isu fokus, pembelajaran dan perkembangan minda perlu diberi perhatian sejak awal.

Gambaran semasa
Setiap ibu bapa mahukan anak yang sihat, mudah belajar dan mempunyai masa depan yang cerah. Namun modul ini mengingatkan bahawa realiti semasa masih menunjukkan cabaran besar pada peringkat nutrisi, asas pembelajaran dan kesinambungan pendidikan.
- 21.2% kanak-kanak Malaysia mengalami masalah bantut.
- 27.2% murid Tahun 1 masih belum menguasai kemahiran asas 3M.
- Hampir 75,000 pelajar dilaporkan tercicir sebelum sampai ke Tingkatan 5.
- 72.1% lepasan SPM tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Dalam PISA 2022, hanya 41% pelajar Malaysia mencapai tahap minimum Matematik berbanding 69% purata OECD. Ini menunjukkan kecemerlangan bukan sekadar keputusan peperiksaan, tetapi juga keupayaan memahami, berfikir dan menyelesaikan masalah.
Realiti semasa
Cemerlang bukan sekadar peperiksaan
Soalan besar untuk ibu bapa
Adakah anak-anak kita sedang dibina dengan asas yang mencukupi untuk membesar, belajar, berfikir dan mencapai potensi mereka?
Pilih langkah anda seterusnya
Dah cukup faham? Terus pilih tindakan yang sesuai. Iman hanya diperlukan jika anda mahu penerangan tambahan; komuniti WhatsApp pula untuk human touch dan perkongsian umum.
Privasi: jangan kongsi alamat, bukti bayaran, detail order atau maklumat kesihatan peribadi dalam group. Gunakan saluran private untuk perkara tersebut.