Pengenalan Diabetes
Bagaimana glukosa, insulin dan rintangan insulin berkait dengan diabetes serta perbezaan diabetes jenis 1, jenis 2 dan diabetes ketika hamil.

Ringkasan bab
Menurut modul, makanan berkarbohidrat dihadam menjadi glukosa dan pankreas menghasilkan insulin bagi membantu mengangkut glukosa ke dalam sel. Diabetes diterangkan sebagai keadaan paras glukosa darah tinggi akibat kekurangan insulin atau ketidakpekaan sel terhadap insulin (rintangan insulin).
Bab ini juga membezakan Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2 dan diabetes ketika hamil sebagaimana dihuraikan dalam modul.
Pengenalan Diabetes
Teks sumber - Pengenalan Diabetes
Teks rujukan Modul Product Knowledge - halaman 17.
PENGENALAN DIABETES
Setiap sel mendapat tenaga dari pembakaran glukosa. Glukosa
wujud dalam makanan yang dikategorikan sebagai karbohidrat.
Contoh-contoh karbohidrat adalah seperti, nasi, roti, mee,
kentang, sayuran berkanji dan minuman manis yang lain juga.
Makanan karbohidrat ini akan dihadamkan menjadi glukosa.
Penghasilan
insulin
Pengambilan Paras gula
karbohidrat darah
terkawal
Pankreas adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk
mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil hormon insulin
untuk membantu mengangkut gula (glukosa) ke dalam sel.
Selain dari itu, insulin turut berfungsi untuk:
Menyimpan gula lebihan sebagai glikogen (powerbank
glukosa) di hati dan otot
Menyimpan gula lebihan sebagai lemak
Menghalang lipolisis atau pembakaran lemak
Diabetes dan Rintangan Insulin
Teks sumber - Diabetes dan Rintangan Insulin
Teks rujukan Modul Product Knowledge - halaman 18.
Diabetes adalah keadaan di mana paras glukosa adalah
tinggi di dalam darah disebabkan oleh kurang hormon
insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas atau
disebabkan oleh ketidakpekaan insulin terhadap sel
badan. Keadaan ini dipanggil rintangan insulin.
Sekiranya anda mengalami diabetes, glukosa tidak boleh
masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan
menyebabkan paras glukosa yang tinggi.
Jenis-jenis Diabetes
Teks sumber - Jenis-jenis Diabetes
Teks rujukan Modul Product Knowledge - halaman 19.
Jenis-jenis Diabetes
Diabetes
Diabetes ketika
Diabetes Jenis 1 Diabetes Jenis 2
hamil
DIABETES JENIS 1
Tidak boleh dielakkan.
Kebiasaannya terjadi bermula daripada usia kanak-kanak.
Disebabkan oleh masalah autoimun (punca yang masih tidak
diketahui.
Perlu mengambil suntikan insulin setiap hari untuk mengawal paras
gula darah.
Sukar untuk sembuh namun komplikasi berkait Diabetes masih
boleh diatasi.
DIABETES JENIS 2
Jenis kencing manis yang paling biasa dihidapi.
Pelbagai faktor risiko yang meningkatkan peluang
seseorang mendapat penyakit ini.
Berkait rapat dengan penjagaan gaya hidup yang tidak
baik.
Masih ada peluang untuk mencegah dan mengawalnya!
DIABETES KETIKA HAMIL
Berlaku ketika mengandung sahaja.
Disebabkan oleh faktor risiko yang pelbagai atau kesan
ketidakstabilan hormon ketika hamil.
Berisiko melahirkan bayi yang besar dan mendapat
masalah Diabetes Jenis 2.
Pilih langkah anda seterusnya
Dah cukup faham? Terus pilih tindakan yang sesuai. Iman hanya diperlukan jika anda mahu penerangan tambahan; komuniti WhatsApp pula untuk human touch dan perkongsian umum.
Privasi: jangan kongsi alamat, bukti bayaran, detail order atau maklumat kesihatan peribadi dalam group. Gunakan saluran private untuk perkara tersebut.