Patofisiologi Sistem Imun
Kenali fungsi sistem imun serta perbezaan imuniti semula jadi dan imuniti adaptif sebelum memahami faktor yang melemahkannya.

Mengapa sistem imun penting
Modul bermula dengan realiti gaya hidup moden: pencemaran persekitaran, toksin radikal bebas, penyakit berjangkit, kekurangan Vitamin C dan Vitamin D serta gaya hidup yang tidak sihat boleh meningkatkan pendedahan kepada kemerosotan kesihatan dan melemahkan sistem imun.
Sistem imun ialah sistem pertahanan badan yang terdiri daripada organ, sel dan bahan kimia yang bekerjasama untuk:
- melawan benda asing seperti virus, bakteria, kulat dan parasit;
- memelihara badan daripada penyakit berjangkit;
- membersihkan sel mati dan sel rosak;
- mengenal pasti serta memusnahkan sel yang tidak normal.
Modul membahagikan pertahanan imun kepada dua kumpulan utama: imuniti semula jadi (innate) dan imuniti adaptif/acquired. Imuniti innate bertindak sebagai pertahanan awal melalui kulit, air mata, asid perut dan sel seperti makrofaj. Imuniti adaptif pula membina tindak balas yang lebih khusus terhadap kuman yang telah dikenal pasti.
Patofisiologi - cabaran gaya hidup moden
Kenali sistem imun
Jenis-jenis sistem imun
Imuniti Innate
Imuniti Adaptif / Acquired
Nota pembacaan
Panduan ini menerangkan kandungan modul Eskayvie Diffenz sebagai bahan pendidikan produk. Ia bukan diagnosis, bukan pengganti rawatan doktor dan tidak bermaksud pelanggan perlu menghentikan ubat atau rawatan sedia ada.
Pilih langkah anda seterusnya
Dah cukup faham? Terus pilih tindakan yang sesuai. Iman hanya diperlukan jika anda mahu penerangan tambahan; komuniti WhatsApp pula untuk human touch dan perkongsian umum.
Privasi: jangan kongsi alamat, bukti bayaran, detail order atau maklumat kesihatan peribadi dalam group. Gunakan saluran private untuk perkara tersebut.