FAQ Mindtropic
Jawapan ringkas kepada soalan lazim pelanggan tentang cara pengambilan, umur, keselamatan dan beberapa situasi khusus.

Ringkasan cara pengambilan
FAQ utama
1) Bagaimanakah cara pengambilan Eskayvie Mindtropic?
Hanya kunyah 2 tablet sehari selepas makan.
2) Bolehkah kanak-kanak mengambil Eskayvie Mindtropic?
Produk ini diformulasikan untuk individu berusia 13 tahun dan ke atas. Bagi kanak-kanak 2–12 tahun, modul menyarankan Eskayvie Mindtropic Junior.
3) Adakah Mindtropic perlu disimpan di dalam peti sejuk?
Tidak perlu. Simpan pada suhu bilik, elakkan terdedah kepada cahaya matahari dan tutup rapat botol untuk mengurangkan risiko teroksidasi.
4) Adakah produk ini mempunyai kelulusan KKM?
Ya. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (BKKM).
5) Bolehkah diambil melebihi saranan?
Boleh. Menurut modul, saranan pengambilan adalah sehingga 4 biji sehari.
6) Adakah Mindtropic mengandungi gula tambahan?
Tidak. Produk ini tidak mengandungi gula tambahan dan menggunakan sukralosa sebagai pemanis alternatif.
7) Dari manakah datangnya sumber bahan-bahan Mindtropic?
Bahan-bahannya datang daripada sumber semula jadi dan bahan aktif berkualiti tinggi seperti Phosphatidylserine daripada kacang soya, campuran beri, Ashwagandha KSM-66 dan Bacopa monnieri.
8) Mengapa tiada Phosphatidylserine dalam senarai bahan?
Mengikut garis panduan pelabelan BKKM, bahan ini dinyatakan sebagai Serine dalam senarai ramuan.
9) Berapa kandungan setiap bahan?
Dos spesifik tidak dinyatakan kerana melibatkan formulasi dan hak cipta. Namun modul menegaskan pemilihan bahan dibuat secara teliti dan dos yang digunakan mematuhi piawaian BKKM.
10) Bolehkah saya mengambilnya sebelum makan?
Boleh, tetapi pengambilan yang lebih disyorkan ialah selepas makan untuk penyerapan nutrisi yang lebih baik.
11) Berapa lama boleh nampak kesan positif?
Kesan berbeza mengikut individu. Ada yang mula rasa lebih fokus dan mudah faham seawal seminggu, tetapi secara purata modul menyebut 8 hingga 12 minggu dengan pengambilan yang konsisten.
12) Bolehkah diambil bersama ubat-ubatan lain?
Boleh. Jarakkan pengambilan Mindtropic sekitar 30 minit daripada pengambilan ubat.
13) Bolehkah individu yang mempunyai G6PD mengambilnya?
Boleh. Modul menyatakan Mindtropic tidak mengandungi bahan yang diketahui boleh mencetuskan hemolisis bagi individu yang mempunyai kekurangan enzim G6PD.
14) Adakah terdapat sebarang pantang larang?
Secara umum tiada pantang larang khusus. Namun pelanggan digalakkan mengamalkan tidur yang mencukupi, pemakanan seimbang, pengambilan air yang cukup dan aktiviti fizikal yang sihat.
15) Adakah individu yang mengambil warfarin boleh mengambil Mindtropic?
Modul menyatakan pengambilan bersama warfarin mungkin mempengaruhi kadar kecairan darah bagi sesetengah individu yang sensitif. Disyorkan semak semula profil pendarahan / bleeding time selepas 3–5 hari dan ikut penilaian doktor untuk pelarasan dos warfarin jika perlu.
FAQ halaman 1
FAQ halaman 2
FAQ halaman 3
FAQ halaman 4
FAQ halaman 5
Perhatian khas untuk warfarin
Bagi pelanggan yang mengambil warfarin, elok maklumkan bahawa modul rasmi menyarankan semakan semula kadar kecairan darah atau bleeding time di hospital selepas beberapa hari pengambilan, dan sebarang pelarasan dos mesti mengikut nasihat doktor.
Pilih langkah anda seterusnya
Dah cukup faham? Terus pilih tindakan yang sesuai. Iman hanya diperlukan jika anda mahu penerangan tambahan; komuniti WhatsApp pula untuk human touch dan perkongsian umum.
Privasi: jangan kongsi alamat, bukti bayaran, detail order atau maklumat kesihatan peribadi dalam group. Gunakan saluran private untuk perkara tersebut.